The Fishies! ![]() Tell Your Oppa ![]()
| I miss my Arwah Abang Johan ;'(
Assalamualaikum. Selepas membuat rutin harian seperti sediakala. Sekolah petang dari pukul 12.00-6.45, balik mandi solat. Sampai di perkarangan rumah pada pukul 7.00 malam, mak memberitahu satu berita yang ku sangka gembira. Ohh rupanya tidak. Abang Johan iaitu abang aku tetapi bukan abang kandung telah meninggal dunia kerana Accident. Mungkin 6.10.11. Sungguh mengejutkan! Bila aku masuk di dalam bilik, aku teringat kenangan bersamanya. 'Adik' ya, itu panggilan abang Johan memanggilku. Sudah tentu aku menganggap dia sebagai abang sendiri kerana dengan panggilan 'adik' itu membuat aku dengan dia menjadi rapat. Arwah banyak membantu ku. Teringat semasa bercuti di Cameron Highland bersama abang Johan, Awi, dan keluarga. Saat itu sungguh gembira kerana pertama kali berjumpa. Usah ditanya apa kaitan aku bersama abang Johan dan Awi kerana itu rahsia keluarga. Malam yang sungguh sejuk. Sampai sahaja di Majidee, baru habis bacaan Yassin. Mungkin. Aku bersalam dengan semua yang ada kecuali lelaki. Aku disambut dengan penuh kesedihan. Ayat ini yang membuat aku sebak ingin menitis kan air mata. 'Jojo dah tkda'. Ya Allah, sungguh aku sebak mendengar ayat itu yang dikeluarkan oleh ibu abang Johan. Aku kesat air mata yang ingin jatuh kerana malu dipandang orang. Kini tiada lagi pangilan 'Adik' yang akan abang Johan sebut. Ya, memang susah hendak menerima pergi nya seseorang. Tapi apakan daya, itu ketentuan Illahi. Dia tak akan kembali lagi. Aku hanya mampu membaca Al-Fatihah dan Yassin sahaja untuk ketenangan rohnya di sana. Semoga Allah menerima amalan baik abang Johan semasa arwah masih hidup. Abang jo, adik rindu abang ;'( Lots Of Love, Adik. |