V.I.P Fishies
The Fishies!

Hi! I'm Auni. Forever Super Junior! the Fishies. Nice to meet you!


Entries About Linkies Stuff


Tell Your Oppa

Oppa!



The dishes....

Assalamualikum and Hi!

Okay memandangkan cuti persekolahan sudahpun bermula, saya pun........ketang ketung di dapur. Hehe. Saya try masak. WOOOOOHOOOOOOOO! Ingatkan tk best, jakgi dah mula masak, best gila! Nak tenguk tk apa yang saya masak? K, ni dia. Baru 2 Dish untuk 2 hari.




Yang ni saya buat masa hari Khamis. Nama dia, ''Sambal Kacang Panjang dan Ikan bilis''. Sebut betul betul ye... ''Ikan Bilis'' bukan ''Iblis''. Hahaha. 


Yang ni pulak baru je tadi saya buat iaitu pada Hari Jumaat. Nama dia, ''Nasi Goreng Kampung Suka Hati'' Hahahaha. Act, nama dia ''Nasi Goreng Kampung'' je... saja nambah nambah ''Suka Hati''. Kalau nak try meh saya ajarkan. Saya tulis bahan bahan yg diperlukan dan juga caranya...

Bahan-bahan:

3/4 Cawan nasi putih.
1 genggam Ikan Bilis.
1 Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
5/6/7/8/9/10/11 Cili Padi (Ikut lidah)
Garam
Gula
1/2 ikat Kangkung/Bayam.

Caranya:

Baca Bismillah dulu.. Lepastu basuh kesemua bahan-bahannya tadi tu kecuali Garam dan Gula. Potong Bawang dan Bawang Putih serta Cili Padi anda. Masukkan ke dalam Batu lesung dan tumbuk. Kalau agak agak tknk buat adengan sedih itu, korang boleh cincang kecil kecil semuanya tadi. K dah cincang Bawang-Bawang dan Cili? Okay... Mari start!

Tumis bahan bahan yang dah dicincang atau tumbuk dengan lumat itu kedalam kuali. Sebelum masukkan tu, panas kan kuali dan minyak. Tumis bahan-bahan tu hingga naik bau dia. Bila dah naik bau, letak nasi putih kedalam kuali dan gaul sehingga rata bahan-bahan tadi ke atas nasi itu. Letakkan Bayam/Kangkung dalam kuali dan rata kan ke seluruh nasi. Letaklah Garam/Gula secukup rasa. Dan akhir sekali, letak Ikan Bilis ke atas permukan nasi dan terbalikkan nasi itu....Sekarang bolehlah serve kan.... SIAP!